Program Sinar Ramadan & Kasih Syawal PIK Besout 5

15 June 2021 | Berita Semasa

“Program Sinar Ramadan & Kasih Syawal” merupakan program inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Gunung Besout 5 melibatkan pertandingan secara dalam talian. Program dalam talian ini merupakan program kali kelima yang telah di anjurkan oleh PIK Felda Gunung Besout 5 bermula dari tahun 2020 lagi.

Objektif penganjurannya adalah bertujuan untuk memperkasa pembangunan diri komuniti selain membentuk mereka menjadi lebih aktif, kreatif, berinovasi serta mempunyai sosial sihat walaupun ketika waktu PKP. Di samping itu, kita dapat bersama-sama menyemarakan keindahan bulan Ramadan dan Syawal. Program ini juga bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu dan salah laku internet yang semakin berleluasa pada masa kini.

Program seperti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet Komuniti ke arah menjadi Pusat Tele Info utama di kawasan Felda Gunung Besout 5 ini dan menggalakkan komuniti untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti.

Antara pertandingan dalam Program Sinar Ramadan & Kasih Syawal ini adalah Pertandingan Alunan Takbir Raya, Pertandingan Digital Karaoke, Pertandingan Video Kreatif “Anyam Sampai Jadi”, Pertandingan ”Satu Hari Di Hari Raya PKP 3.0”, Pertandingan Foto Kreatif “Sedondon Raya” Pertandingan Foto Kreatif “Candid Raya”, Pertandingan Smartphone Photography “Juadah Hari Raya”, Pertandingan Logo Kreatif, Pertandingan Poster Kreatif “Pantun Raya Norma Baru”, Pertandingan E-card Raya”,  Pertandingan Online Explorace 3.0, Online Coloring dan Online Quiz.

Sambutan dan sokongan yang diterima sangat memberangsangkan. Secara keseluruhannya, Program Sinar Ramadan & Kasih Syawal ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Pada 10 Jun 2021 jam 4.00 petang, telah diadakan sesi penutup dan pengumuman pemenang yang di adakan secara langsung di Page Facebook Pusat Internet Felda Gunung Besout 5.