Program Semarakkan Ramadhan Bersama Pusat Internet

01 June 2019 | Berita Semasa

Program Semarakkan Ramadhan bersama Pusat Internet telah berjaya diadakan pada 23 dan 24 May 2019 yang lalu. Ianya merupakan satu program bersama komuniti setempat yang mana diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia. Program ini telah melibatkan golongan penerokawati, beliawanis dan pelajar sekolah yang mana majoritinya adalah ahli Pusat Internet Felda Gunung Besout 5. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. Di samping itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara Pusat Internet dengan GPW, MBFM dan Sekolah Agama Rakyat Felda Gunung Besout 5 dan belia.