PROGRAM PEMERKASAAN DAN TRANSFORMASI PEDi NEGERI PERAK

25 March 2022 | Berita Semasa

Tarikh : 22-23 Mac 2022(Selasa & Rabu)

Masa : 8.30 Pagi-5.30 Petang

Tempat : Travelodge Hotel, Ipoh

Program sehari setengah ini dianjurkan bertujuan sebagai platform mengkoordinasi peranan serta halatuju PEDi agar pelaksanaa aktiviti yang dirancang adalah selari dengan matlamat transformasi yang telah dirancang. Majlis dijalankan secara hybrid dengan kehadiran fizikal Pengurus PEDi manakala secara maya oleh Penolong Pengurus PEDi seluruh negeri Perak.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Encik Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak semasa sesi dialog dan ramah mesra bersama petugas PEDi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  1. Ucapan Aluan dan Pembukaan Majlis oleh En. Zairulnahar – Pengarah MCMC Pejabat Negeri Perak.
  2. Taklimat Oleh :Tuan Haji Bukhari – Ketua Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti MCMC mengenai “Transformasi PEDi, Fungsi Dan Peranan PEDi 2022”.
  3. Bengkel 1 – Encik Mohamad Rozlan – Pengarah Sekreteriat Usahawan Perak (STeP) Tajuk : Program Kesusahawanan di Negeri PerakPenglibatan PEDi di dalam program STeP
  4. Sesi Dialog Bersama – YB Khairul Shahril Mohamed – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia
  5. Bengkel 2 – Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  6. Bengkel 3 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  7. Aktiviti Berkumpulan – Membina Tower dengan menggunakan straw & perbincangan mengenai ikon usahawan di kluster masing-masing
  8. Bengkel 4 – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – Perniagaan secara digital
  9. Bengkel 5 – Jabatan Akauntant Negera (eGUMIS) – Wang yang tidak dituntut

Sesi bergambar bersama semua yang hadir