Program Komuniti Digital 2021

30 September 2021 | Berita Semasa

Program Komuniti Digital 2021 Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 5 ini telah dijalankan bermula dari 15 September 2021 sehingga 30 September 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpengetahuan luas dan berkepakaran dalam mempromosikan produk mereka menggunakan medium media sosial dan e-dagang, sesuai dengan perubahan teknologi semasa. Selain itu, turut diadakan bengkel e-learning bersama Pelajar Sekolah Menengah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Komuniti Digital 2021 ini adalah Bengkel Microsoft Office (Intermediate), Bengkel Asas Adobe Photoshop, Karnival Usahawan “Micro Connector” dan Bengkel Digital Graphic Learning bersama komuniti Felda Gunung Besout 5.

Untuk Program Karnival Keusahawanan “Micro Connector”, usahawan didedahkan dengan Pengenalan kepada keusahawanan, analisa kewangan, promosi dan pemasaran di media sosial serta taklimat daripada agensi luar seperti Tekun Nasional, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Selain itu juga, usahawan mikro yang terlibat dalam program ini berpeluang mempromosi perniagaan mereka dan memenangi hadiah khas daripada pihak penganjur dalam “1 minute Pitching Session” yang dijalankan pada hari kedua. Sepanjang 3 hari program ini berlangsung, iaitu bermula dari 21 hingga 23 September 2021, banyak ilmu dan tips keusahawanan telah dikongsi oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan iaitu oleh Dr Muhammad Imran Razali, Puan Nur Izzah Khalil dan DR Israfil Merican Fazil Merican.

Untuk Bengkel Digital Graphic Learning bersama pelajar Sekolah Menengah pula, pelajar diajar asas menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan menghasilkan resume. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 telah menyertai program ini.

Sambutan dan sokongan yang diterima daripada komuniti setempat sangat menggalakkan dan secara keseluruhannya, Program Komuniti Digital 2021 ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.