PROGRAM KOMUNITI DIGITAL 2.0 2021

31 December 2021 | Berita Semasa

Program Komuniti Digital 2.0 2021 Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 5 ini telah dijalankan bermula dari 18 November 2021 sehingga 30 November 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpengetahuan luas dan berkepakaran dalam mempromosikan produk mereka menggunakan medium media sosial dan e-dagang, sesuai dengan perubahan teknologi semasa. Selain itu, turut diadakan program motivasi dan bengkel asas canva bersama Pelajar Sekolah Menengah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Komuniti Digital 2.0 2021 ini adalah Program Bicara Ilmu secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom meeting yang bertajuk “Peranan Ibu bapa dan Anak-anak Dalam Dunia Digital”, Bengkel Multimedia Aplikasi Canva dan Program Usahawan Angkat Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 5.

Untuk Program Usahawan Angkat Pusat Internet, ianya terbuka kepada 5 orang usahawan terpilih bagi setiap Pusat Internet untuk menyertai sesi “coaching” bagi meningkatkan potensi perniagaan usahawan. Usahawan didedahkan dengan empat modul keusahawanan iaitu, modul pertama adalah sesi “Bussiness Health Check”, modul kedua adalah 2 sesi Latihan khusus pemasaran digital (Media Sosial & Marketplace), modul ketiga adalah sesi coaching dalam kumpulan kecil bersama mentor, dan modul keempat adalah karnival usahawan. Usahawan juga akan diajar cara untuk menganalisa perniagaan, promosi serta pemasaran di media sosial serta E-Market Place seperti shopee dan Lazada. Program ini akan menumpukan kepada pendigitalan perniagaan selaras dengan perkembangan teknologi bagi menghadapi cabaran semasa. Selain itu juga, usahawan angkat yang terlibat dalam program ini akan dipantau prestasi dan perkembangan perniagaan secara lebih dinamik dan sistematik oleh Coach Dr Muhammad Imran Razali dan Coach Along Fadzli.

Untuk Bengkel Multimedia Aplikasi Canva bersama pelajar Sekolah Menengah pula, pelajar diajar asas menggunakan aplikasi canva untuk menghasilkan infografik poster yang menarik. Seramai 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menyertai program ini.

Secara keseluruhannya, Program Komuniti Digital 2.0 2021 ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan sambuta yang diterima daripada komuniti setempat sangat menggalakkan.