Program ICT Digital PIK Felda Gunung Besout 5

22 March 2021 | Berita Semasa

“Program ICT Digital” merupakan program inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Gunung Besout 5 melibatkan pertandingan secara dalam talian. Program dalam talian ini merupakan program kali keempat yang telah di anjurkan oleh PIK Felda Gunung Besout 5 bermula dari tahun 2020 lagi.

Objektif penganjurannya adalah bertujuan untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian kerana platform digital sudah digunakan secara meluas dan menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu dan salah laku internet yang semakin berleluasa pada masa kini. Program ini juga memberi peluang kepada para usahawan mempromosikan produk mereka menggunakan platform terkini seiring dengan perubahan teknologi yang berubah dari masa ke semasa.

Antara pertandingan dalam Program ICT Digital ini adalah Pertandingan Usahawan Digital iaitu Penghasilan Video Iklan Komersial, Pertandingan Tik Tok Produk Review, Pertandingan Tik Tok My Garden, Pertandingan Digital Poster “Semak Sebelum Sebar”, Pertandingan Smartphone Photography “BackTo School”, Photo Contest “Tudung Si Cilik”, Pertandingan Food Art dengan tema “Noodles”, Online Explorace 2.0, Online Coloring dan Online Quiz. Selain itu, turut juga diadakan Bicara Santai bersama usahawan arnab pedaging iaitu “Rabbit at Besout 5”. Program ini bermula dari 11 Mac 2021 hingga 20 Mac 2021 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10,000.00.

Sambutan dan sokongan yang diterima sangat memberangsangkan. Secara keseluruhannya, Program ICT Digital Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 5 ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Pada 20 Mac 2021 jam 3.00 petang, telah diadakan sesi penutup dan pengumuman pemenang yang di adakan secara langsung di Page Facebook Pusat Internet Felda Gunung Besout 5.

Tahniah kepada semua pemenang