Program Hari ICT UPSI 2018

15 Disember 2018 | Berita Semasa

Program Hari ICT UPSI 2018 di Kampus Proton City,Tanjong Malim,Perak.

Tarikh : 30 November 2018

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Kerjasama : Pusat Internet Batang Padang & Muallim

Pada 30 November 2018 , Pusat Internet dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan pameran bersempena dengan Program Kempen Mobile E-Waste Peringkat UPSI di Kampus Proton City, Tanjong Malim Perak. Program bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu menyaksikan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Booth Pusat Internet kepada pengunjung yang hadir antaranya Roda Impian Klik Dengan Bijak, Kuiz Word Seach dan juga Sesi Tayangan Video. Sepanjang pameran ini berlangsung banyak mesej dan maklumat yang dikongsikan kepada pengunjung iaitu antaranya berkaitan kawalan kendiri dimedia sosial dan juga kempen terkini yang sedang dijalankan oleh SKMM. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor UPSI dan turut bersama pada majlis penutup adalah Sesi Penyerahan Kempen Mobile E-Waste kepada Ketua Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Perak iaitu Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman. Terima kasih pada semua yang telah membantu menjayakan Booth Pameran pada kali ini !

B612_20181130_095309_685 IMG-20181130-WA0028 IMG-20181130-WA0036 IMG-20181130-WA0046