Program Digital Merdeka PIK Besout 5

30 August 2021 | Berita Semasa

“Program Digital Merdeka” merupakan program inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Gunung Besout 5 melibatkan pertandingan secara dalam talian. Program dalam talian ini merupakan program kali keenam yang telah di anjurkan oleh PIK Felda Gunung Besout 5 bermula dari tahun 2020 lagi.

Objektif penganjurannya adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan yang di sambut pada 31 Ogos setiap tahun serta membangkitkan semangat patriotik dikalangan semua lapisan masyarakat. Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Selain itu juga, program ini dapat memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu dan salah laku internet yang semakin berleluasa pada masa kini.

Antara pertandingan dianjurkan pada kali ini adalah Pertandingan Rekacipta Mercu Tanda Malaysia, Pertandingan Masakan Menu Merdeka, Pertandingan Doodle Art, Pertandingan Foto Kreatif “Rumahku Ceria”, Pertandingan Fotography “Merdeka OOTD”, Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka, Pertandingan Poster Kreatif Pantun Merdeka, Pertandingan Seni Warisan “Mencipta Wau”, Pertandingan Mencipta Tanjak Merdeka, Pertandingan Menghias Basikal dan Pertandingan Mewarna yang dijalankan secara atas talian melalui medium google meet. Selain itu, turut diadakan juga kuiz-kuiz mengenai klik dengan bijak dan kuiz kemerdekaan.

Sambutan dan sokongan yang diterima sangat memberangsangkan dan secara keseluruhannya, Program Digital Merdeka ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Pada 29 Ogos 2021 jam 3.00 petang, telah diadakan sesi penutup dan pengumuman pemenang yang di adakan secara langsung di Page Facebook Pusat Internet Felda Gunung Besout 5.

Sesi Penutup & Pengumuman Pemenang pada 29.08.2021
Sesi Perkongsian Klik Dengan Bijak 26.08.2021
Sesi Perkongsian Klik Dengan Bijak 25.08.2021
Pertandingan Mewarna Online