Penjenamaan Semula Mobile E-Waste Kepada KITAR

02 November 2022 | Berita Semasa

Sekitar Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Mobile E-Waste Kepada KITAR di MCMC, Cyberjaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi MCMC, Shamsul Izhan Abdul Majid.

Program kitar semula e-sisa mudah alih atau Mobile e-Waste kini telah dijenamakan semula sebagai Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR.

Proses penjenamaan ini bermatlamat untuk mengukuhkan dan menambah baik lagi program berkenaan dalam menyemarakkan semangat menyumbang kembali serta menyemai budaya kitar semula kepada masyarakat.

#KITAR#MCMC