Portal EzBiz Online
27 October 2022 | Berita Semasa
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesan kewujudan laman web dengan alamat url https://ezbizz.online/ yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dan pembekalan maklumat perniagaan secara tidak sah dan mengenakan kadar bayaran tinggi.
Orang ramai yang ingin menjalankan urusan berkaitan entiti perniagaan diminta untuk menggunakan perkhidmatan atas talian SSM yang sah iaitu Portal EzBiz Online dengan alamat url https://ezbiz.ssm.com.my.
#InspirasiKepercayaanPerniagaan
