Maklumat Setempat
- Maklumat Am / Info Setempat
Jumlah Rumah: 102 buah rumah, Jumlah Populasi : 421 orang
Felda Gunung Besout 5 telah dibuka pada 19 Jun 1987. Felda Gunung Besout 5 ini terletak di dalam Daerah Muallim di bawah Parlimen Tanjung Malim dan DUN Slim River. Dengan keluasan 413.93 hektar telah menempatkan sebanyak 102 buah rumah. Majoriti penduduk di sini menjalankan aktiviti ekonomi tanaman kelapa sawit. Felda ini berkedudukan 150km dari bandaraya Kuala Lumpur dan 135km dari bandaraya Ipoh. Komposisi penduduk di Felda Gunung Besout 5 ini terdiri daripada 30% warga emas, 35% belia, 20% remaja dan 15% kanak-kanak. Felda Gunung Besout 5 ini ditadbir oleh Pejabat Felda Gunung Besout 5 dibantu oleh badan seperti Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), dan Majlis Belia Felda (MBFM). Badan-badan ini bekerjasama bagi memastikan keamanan dan keselesaan kampung.
- Parlimen, DUN, DaerahNegeri : PerakDaerah : MuallimParlimen : Tanjong Malim (P077)
Ahli Parlimen: YB Tuan Chang Lih Kang
DUN : Slim (N58)
Ahli DUN : YB En. Mohd Zaidi bin Aziz - Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR)
- Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
- Persatuan Belia (MBFM)
- RekreasiTerdapat kemudahan berekreasi di Felda Gunung Besout 5 untuk warga disini. Kewujudan taman selesa membolehkan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga dilakukan. Kemudahan gelanggang Futsal, takraw dan padang bola sepak juga disediakan bagi membolehkan masa yang ada dimanfaatkan untuk aktiiti bersukan. Selain itu juga, Felda Gunung Besout 5 dalah destinasi yang menarik bagi mereka yang gemar untuk memancing ikan air tawar. Kebanyakan golongan yang gemar memancing di sini adalah kaum hawa kerana mereka akan menjadikan memancing sebagai hobi dan memanfaatkan masa yang terluang. Setiap hari akan ada kaki-kaki pancing datang ke besout 5 untuk memancing ikan-ikan sungai seperti Ikan baung, tapah, sepat, puyu, keli, haruan dan udang galah.
- Makanan yang menarikMereka yang berkunjung disini, sudah pastinya akan teringat keenakan makanan yang dimasak oleh penduduk di sini. Setiap kali pengunjung atau pelawat dari luar datang ke Felda Gunung Besout 5, mereka akan disajikan dengan salah satu hidangan istimewa iaitu ikan pekasam yang dibuat sendiri hasil dari tangkapan memancing dan rasanya sungguh menyelerakan. Ikan pekasam adalah hasil perusahaan mereka sendiri sama ada untuk dimakan sendiri atau dipasarkan. Di samping itu, Felda Gunung Besout 5 juga terkenal dengan sajian pecal yang terdiri daripada pelbagai sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan sebagainya. Kuah pecal yang enak akan menambahkan lagi selera untuk makan.
- HomestayMeskipun Felda Gunung Besout 5 idak mempunyai hotel dan Homestay seperti rancangan Felda yang lain, akan tetapi penduduk di sini sangatlah mesra dan peramah. Mereka akan membuat kediaman mereka sendiri seperti homestay yang amat selesa dan pelbagai kemudahan tersedia untuk pengunjung. Pengunjung tidak perlu membayar penginapan yang mahal seperti hotel dan homestay yang lain kerana penduduk disini tidak meminta untuk mereka bayar dengan kadar yang tinggi. Layanan baik dan mesra penduduk disini membuatkan pengunjung merasa akan hadir semula ke sini untuk menikmati keindahan Felda Gunung Besout 5.
- Pejabat Felda
- Dewan JKKR & GPW, Balai Raya
- Masjid At-Taqwa
- Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
- Gelanggang Futsal
- Gelanggang Takraw
- Taman Selesa
- Sekolah Kebangsaan Besout 05
Sekolah kebangsaan Besout 5 ditubuhkan pada 1 Januari 1991. Pada tahun 2016, sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 43 orang pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 12 orang pelajar Pra-Sekolah dengan 15 orang tenaga pengajar.
Mendapat 2 Anugerah Utama :
1. Pencapaian 100% Lulus ABC Daerah Batang Padang
2. Pencapaian Terbaik sekolah-sekolah Felda Daerah Batang Padang
- Madrasah At-Tarbiah Ad-Diniah Felda Gunung Besout 5
- Ikon komuniti
Aziamizat bin Sumairiy berumur 19 tahun merupakan anak jati Felda Gunung Besout 5. Beliau sangat meminati bidang permotoran sejak kecil lagi dan gemar menonton sukan permotoran yang ditayangkan di televisyen. Setelah mempunyai talian internet di kawasan Felda Gunung Besout 5, beliau dapat melihat pertandingan sukan permotoran dari dalam dan luar Negara melalui internet, youtube dan pelbagai laman web. Beliau suka melihat aksi dan tenik menunggang para peserta dan menyimpan hasrat untuk menjadi salah seorang peserta dalam sukan permotoran ini. Selepas tamat persekolahan, beliau mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Beliau hanya duduk di kampung dan membuat kerja-kerja kampung seperti menanam pisang dan membantu ayahnya di ladang kelapa sawit.
Sehinggalah suatu hari, belia membaca berita mengenai Pencarian Pelumba Motor Cub Prix Generasi Baru Felda. Beliau tidak melepaskan peluang untuk menyertai sesi pemilihan ini. Bertempat di Litar Elite USJ, sesi pemilihan telah dijalankan selama 2 hari secara 2 peringkat. Peserta adalah terdiri daripada seluruh Malaysia. Di sini beliau menggunakan serba sedikit pengetahuan yang dipelajari melalui internet untuk melayakkan diri dipilih dan menyaingi para peserta lain. Pada saingan peringkat pertama, beliau telah Berjaya mendapat tempat pertama dan melayakkan ke peringkat seterusnya. Di peringkat kedua, beliau Berjaya menyandang tempat ke dua.
Hasil kerja keras dan semangat yang tinggi, beliau merupakan salah seorang daripada 4 peserta yang berjaya dipilih untuk menjadi peserta pasukan pelumba FELDA AFB Tech Racing Team untuk mewakili team Felda dalam sukan permotoran. Beliau telah menyertai Perlumbaan Cub Prix Kebangsaan sebanyak 10 pusingan di 10 lokasi sekaligus mendapat keputusan yang membanggakan dengan kejayaan menaiki podium di beberapa siri perlumbaan. Kini aksi beliau berlumba di dalam perlumbaan CubPrix dapat di tonton melalui televisyen, internet, surat khabar dan sebagainya.
Kejayaan ini benar-benar telah mengubah hidup beliau. Impian untuk menjadi salah seorang peserta dalam sukan permotoran telah menjadi kenyataan malah ianya kini telah menjadi kerjaya tetap. Kejayaan ini juga turut mengharumkan nama Felda Gunung Besout 5 dan keluarga beliau. Setelah menjadi salah seorang pelumba FELDA AFB Tech Racing Team, beliau turut menyertai program kemasyakarat yang dianjurkan oleh FELDA seperti program jelajah Ramadhan, bantuan mangsa banjir dan sebagainya. Program ini adalah bertujuan menjadikan mereka ini ikon kepada golongan remaja dan belia. Kejayaan beliau ini menjadi contoh kepada belia lain terutamanya golongan belia di Felda Gunung Besout 5 bahawa dari impian dan angan-angan boleh menjadi kenyataan dengan keazaman yang tinggi. Kejayaan ini juga sekaligus telah mengurangkan gejala rempit di kalangan belia. Beliau sering mengingatkan kepada golongan belia bahawa tidak salah merempit tetapi perlulah di tempat yang betul dan tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.
- Usahawan online berjaya/ anugerah
Pn. Norhaslinda merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau merupakan ahli dan pengguna di Pi1M Felda Gunung Besout 5. Beliau sangat meminati bidang membuat kek, roti dan pastry dan mula menceburi bidang ini sejak penghujung tahun 2012. Tanpa mempunyai sijil kemahiran dan menyertai apa-apa kursus, Pn. Norhaslinda mempelajari cara-cara asas pembuatan kek dan biskut daripada majalah. Namun, setelah menjadi ahli di Pi1M Felda Gunung Besout 05, beliau mempelajari cara-cara mencari resepi dan menambah pengetahuannya melalui internet.
Pada peringkat awal perniagaan, beliau hanya menghasilkan kek dan biskut. Namun setelah mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, beliau berusaha mengembangkan perniagaan dengan menambah produk pengeluaran. Beliau telah berusaha untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakatnya dengan melayari blog-blog berkaitan di Internet dan mempelajari kaedah-kaedah pembuatan pelbagai jenis kek, pastry, pizza dan roti. Beliau juga turut mempelajari cara-cara mendekorasi kek daripada web youtube bagi memenuhi citarasa pelanggan. Selain itu, beliau juga tidak melepaskan peluang menyertai Program Expert Workshop “Membuat Kek Fondant” yang telah dianjurkan oleh Pi1M Felda Gunung Besout 05 pada 4 September 2013. Program ini banyak membantu beliau untuk mempelajari cara-cara pembuatan kek fondant dan dapat berkomunikasi terus dengan pakar jemputan.
Kini beliau mampu tersenyum kerana telah mempunyai perniagaan sendiri yang didaftarkan atas nama Linda Midi Enterprise. Penyelia Pi1M Felda Gunung Besout 05 telah membantu beliau untuk menghasilkan emel, facebook (https://www.facebook.com/linda.midi.5?fref=ts) dan juga website perniagaan (http://www.permatainda.com.my/) untuk memuatnaik pelbagai jenis hasil tangan beliau dan menjadi medium pemasaran produk. Beliau yang pada asalnya hanya berniaga secara kecil-kecilan kini mendapat tempahan yang banyak dan meningkat maju. Selain menjual produknya di kedai-kedai, beliau juga mendapat tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan, majlis hari jadi, jamuan dan sebagainya daripada facebook dan website perniagaannya. Beliau telah berjaya memperolehi geran RM1000 daripada SKMM atas bantuan dan tujuk ajar Penyelia Pi1M Felda Gunung Besout 05.
Beliau merasakan Pi1M ini sangat berguna dan memberi manfaat kepada semua penduduk di Felda Gunung Besout 05 ini samada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Selain menyediakan perkhidmatan dan latihan untuk mempelajari komputer dan internet, Pi1M juga adalah tempat yang penting untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Beliau amat berharap Pi1M akan terus membantu membangunkan penduduk di Felda Gunung Besout 05 ini dalam dunia ICT dan teknologi.
- Warga Emas/ OKU yang celik IT/ Usahawan
Imam Ahamad bin Hj Hamsan berusia 65 tahun, merupakan Imam di Masjid At-taqwa Felda Gunung besout 05. Beliau telah mendaftar menjadi ahli di Pi1M Felda Gunung Besout 05 sejak 2010 lagi. Imam Ahamad kerap datang ke Pi1M Felda Gunung Besout 05 untuk menghadiri kelas ICT yang diadakan dan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan internet.
Pada setiap hari Khamis beliau akan datang ke Pi1M untuk mencari khutbah Jumaat secara atas talian yang dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (http://www.islam.gov.my/en/khutbah-online). Pada beliau, kandungan khutbah yang akan disampaikan kepada para Jemaah perlulah terkini dan bersesuaian dengan isu semasa. Di samping itu juga, beliau akan melayari internet untuk mencari sumber-sumber rujukan keagamaan, mendengar ceramah-ceramah agama oleh penceramah terkenal dan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di Youtube. Selain mempelajari ilmu ICT, beliau juga menggunakan perkhidmatan pembayaran bil di Pi1M untuk pembayaran bil utiliti, cukai tanah dan melakukan transaksi perbankkan internet.
Pada pendapat beliau, Pusat Internet 1 Malaysia ini amat berguna untuk semua lapisan masyarakat tak kira usia muda ataupun tua. Dengan adanya pusat internet ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat di Felda Gunung Besout 5 ini untuk melakukan urusan harian dengan mudah. Program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pi1M juga dapat mendedahkan dan membudayakan penggunaan ICT khususnya untuk penduduk di Felda Gunung Besout 5 ini dan seterusnya memberi kesedaran betapa pentingnya penguasaan kemahiran ICT bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup pada masa kini. Besarlah harapan beliau agar pusat internet 1Malaysia ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan akan terus berkhidmat untuk penduduk di Felda Gunung Besout 05.
- Pertanian
LIMAU KASTURI
* Mishan bin Warsian : 019-4101758 * Rajuli bin Ali : 019-5263705 * Joned bin Sulaiman : 017-5442406 * Md Mohid bin Hashim : 019-5196447PISANG
* Ismail bin Hamid : 0193295644 * Masri bin Abdullah : 014-7564845 * Md Mohid bin Hashim : 019-5196447SERAI
* Abu Hassan @ Abu Hasan bin Ibrahim : 013-4248035 * Hj Juremi bin Jarkaseh : 013-4353041 - Penternakan
- Produk
- Perkhidmatan