Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2018

28 Jun 2018 | Berita Semasa

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pusat Internet Felda Gunung Besout 5, telah diadakan pada 25 Jun 2018 bersamaan 11 Syawal 1439H. Program ini merupakan salah satu program tahunan Pusat Internet. Pada tahun ini, sambutan bertambah meriah kerana buat julung kalinya Pusat Internet bergabung dengan pihak pengurusan FELDA, JKKR, GPW dan MBFM Felda Gunung Besout 5.

36200009_1757405080963134_640374869304803328_n 36177086_1757405627629746_4331169025582170112_n 36310203_1757405397629769_5167880022651830272_n 36200174_1757405300963112_941173960442118144_n 20180625_122134 20180625_115128 20180625_114537M20180625_132114

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan meriah seperti yang telah dirancang. Rata-rata masyarakat setempat memberikan respon yang positif tentang program yang dianjurkan. Semoga program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara Pusat Internet dan pihak pengurusan setempat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan dan memeriahkan program Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada tahun ini.