Kutipan Cukai Tanah 2018

08 November 2018 | Berita Semasa

IMG-20181108-WA0003

Berita baik kepada penduduk sekitar Felda Gunung Besout 1,2,3,4 & 5. Anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar cukai. Untuk makluman, kaunter luar kutipan Cukai Tanah akan di buka selama 2 hari iaitu pada 9 & 10 November 2018 (Jumaat & Sabtu) di Pusat Internet Besout 4. Sesiapa yang masih belum melunaskan bayaran Cukai Tanah atau mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah berbuat demikian. Kaunter bayaran akan dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga jam 3.00 petang.