Hari Terbuka Pusat Internet 2018

12 Januari 2019 | Berita Semasa

Program Hari Terbuka Pusat Internet merupakan mini karnival yang menjadi acara tahunan yang diadakan untuk menghargai sokongan komuniti kepada Pusat Internet Felda Gunung Besout 5. Pusat Internet Felda Gunung Besout 5 di bawah kelolaan Webe Digital Sdn Bhd.

Program Hari Terbuka pada tahun ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Disember 2018 (Isnin & Selasa) yang lalu bertempat di Dataran Pusat Internet Felda Gunung Besout 5. Pelbagai aktiviti serta hadiah menarik telah di susun sepanjang 2 hari program ini diadakan. Antaranya E-sport Mobile Legends, Kejohanan Futsal dan Takraw, Besout 5 Idol, Pertandingan Dapur Panas iaitu cabaran memasak ikan siakap, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, QR Code Challenge, Perkongsian Lestari Cendawan Tiram & Cendawan Volvariella, Kids Fashion show dengan tema Kerjaya.

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis Fun games seperti Giant Puzzle, KDB Puzzle, Catching Ducky, Elephant Ring Toss, Giant Dam Haji, The Hungry Clown, Marble Bottle, Ring Toss, Sand Art, Mewarna Batik, Teka Herba & Teka Biji Labu. Program turut diserikan dengan kehadiran agensi kerajaan seperti Pasukan Bomba Slim River yang mengadakan pameran serta demonstrasi kebakaran dapur. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma dari pihak Healthy Wellness, Coway, Digi dan Penerangan Wakaf dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 15 Kg Kelan.

Program hari pertama dimulai dengan zumbaria yang dikendalikan oleh instructor jemputan dari QR studio iaitu Eyna Ridzuan. Program Hari Terbuka ini juga turut dimeriahkan dengan acara sukaneka yang disertai oleh pelbagai lapisan umur. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah musical chair, musang berjanggut, sambut kasih dan juga ramen challenge. Pada sebelah malamnya pula di isi dengan slot kerohanian iaitu Sembang Santai Bersama Ustaz Saiful Baharin Bin Haji Mat Aroff yang merupakan Kaunselor Unit Komuniti Felda.

Program pada hari kedua lebih meriah dengan acara Dapur Panas dan acara Tumbuk Sambal Belacan Paling Sedap di mana para peserta perlu memasak dan menumbuk sambal belacan secara langsung di tapak program. Seterusnya diadakan pula acara Motor Autoshow oleh Belia Besout 5 dan pertandingan karaoke terbuka “Besout 5 Idol”. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Sambutan dan sokongan yang diterima dari komuniti setempat sangat memberangsangkan. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan Webe Digital Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), GPW, JKKR, Koperasi,  Pengurusan Felda, MBFM Besout 5, dan rakan-rakan Pusat Internet yang turut sama membantu memastikan kelancaran program.

Secara keseluruhannya, Hari Terbuka 2018 Pusat Felda Gunung Besout 5 ini berjalan dengan lancar dan meriah seperti yang telah dirancang. Hasil daripada maklumbalas yang diterima, rata-rata komuniti setempat memberikan respon yang positif mengenai program yang dianjurkan.