30 September 2021 | Berita Semasa
Program
Komuniti Digital 2021 Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 5 ini telah
dijalankan bermula dari 15 September 2021 sehingga 30 September 2021. Program
ini diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang
berpengetahuan luas dan berkepakaran dalam mempromosikan produk mereka
menggunakan medium media sosial dan e-dagang, sesuai dengan perubahan teknologi
semasa. Selain itu, turut diadakan bengkel e-learning bersama Pelajar Sekolah
Menengah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Komuniti Digital 2021 ini adalah Bengkel Microsoft Office (Intermediate), Bengkel Asas Adobe Photoshop, Karnival Usahawan “Micro Connector” dan Bengkel Digital Graphic Learning bersama komuniti Felda Gunung Besout 5.
Untuk Program Karnival Keusahawanan “Micro
Connector”, usahawan didedahkan dengan Pengenalan kepada keusahawanan, analisa
kewangan, promosi dan pemasaran di media sosial serta taklimat daripada agensi luar
seperti Tekun Nasional, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN). Selain itu juga, usahawan mikro yang terlibat dalam program
ini berpeluang mempromosi perniagaan mereka dan memenangi hadiah khas daripada
pihak penganjur dalam “1 minute Pitching Session” yang dijalankan pada hari
kedua. Sepanjang 3 hari program ini berlangsung, iaitu bermula dari 21 hingga
23 September 2021, banyak ilmu dan tips keusahawanan telah dikongsi oleh tenaga
pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan iaitu oleh Dr
Muhammad Imran Razali, Puan Nur Izzah Khalil dan DR Israfil Merican Fazil
Merican.
Untuk Bengkel Digital Graphic Learning
bersama pelajar Sekolah Menengah pula, pelajar diajar asas menggunakan aplikasi
Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan menghasilkan resume. Seramai 10 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 telah menyertai program
ini.
Sambutan dan sokongan
yang diterima daripada komuniti setempat sangat menggalakkan dan secara keseluruhannya, Program Komuniti
Digital 2021 ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.